Indahnya ciptaan Tuhan

Indahnya ciptaan Tuhan

Rabu, 26 Januari 2011

Laksama Sunan - Wujud atau rekaan?

Salam semua,

Alhamdulillah, akhirnya habis membaca ketiga-tiga novel karya 'Ramlee Awang Murshid' iaitu 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu', dan 'Hijab Sang Pencinta'. Baiklah, apakah benar Laksamana Sunan wujud di kurun ke-15 iaitu pada zaman Datuk Laksaman Hang Tuah? Adakah benar Laksamana Sunan telah bertemu Datuk Laksamana Hang Tuah? Jika benar Laksamana Sunan wujud, mengapa tidak dicatitkan di dalam sejarah Melayu? Laksamana Sunan yang bukan sahaja seorang yang ampuh dalam persilatan namun begitu tinggi ilmu agamanya dan sangat berpegang pada agama Islam. Tidak gentar melawan musuh-musuh. Laksamana Sunan...Keris Nanggroe.. Laksamana Sunan atau nama sebenarnya Saifudin adalah anak kelahiran Tanah Melayu dan telah membawa diri ke Aceh, mempelajari ilmu agama dan persilatan di Aceh sehingga terkenal dengan budi pekerti yang tinggi dan ilmu persilatan yang ampuh.Pelbagai cabaran telah dihadapinya. Setelah membaca kesemua novel itu, ianya membawa kesan kepada ku. Ungkapan yang menusuk kalbu oleh Laksamana Sunan ...."Sebagai Manusia..Aku Sayang Padamu.." Ianya membawa kesan sehingga aku tertarik dengan perwatakan Laksamana Sunan yang warak dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Jika benar ianya wujud ketika di zaman Datuk Laksamana Hang Tuah, ianya harus di sejarahkan. Namun begitu masih lagi menjadi tanda tanya semua orang sama ada ianya wujud atau sekadar watak dalam novel. Sama-sama lah kita renungkan dan fikirkan. Namun begitu 'Laksamana Sunan' sedikit sebanyak telah membawa kesan kepada diri aku sendiri. Alhamdulillah..kredit harus diber kepada ' Ramlee Awang Murshid' kerana karyanya yang mantap. Persoalannya, adakah Laksamana Sunan benar-benar wujud...Waallahualam.. kuasa Allah S.W.T.

Sekian..

Isnin, 24 Januari 2011

Ada Apa Dalam Hati?

Salam,

Hi, bertemu lagi. Setelah sekian lama aku menyepi,kini aku kembali mencoretkan blog aku ni walaupun tidak seberapa. Ada apa dalam hati? Selalu sinonim dengan kehidupan harian kita bukan? Persoalan ini timbul tatkala kita dirundung masalah ataupun jalan buntu,betul? Disini aku ingin berkongsi apa yang berlaku dengan semua. Alhamdulillah aku kini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas serta berkesempatan mencari keredhaanNYA. Apabila kita dilanda masalah ataupun musibah sama ada dalam kehidupan harian seperti kerja, hubungan mahupun dengan diri sendiri, kita selalu terleka atau sentiasa memikirkan untuk melarikan diri daripada masalah,bukan? Semuanya tertakluk atau terpulang pada hati kita sendiri. Aku sendiri kadang kala tersepit di dalam di lema untuk memilih ataupun mendiamkan diri. Setelah lama aku berkawan dengan seseorang dan kini tiba masa aku membuat keputusan yang paling berat untuk dilakukan. Ianya sama ada memilih untuk menerima atau tidak. Bukan hati tidak suka mahupun tidak sayang,tapi ini lah dugaan yang selalu aku hadapi..Family.. bukan family aku tapi orang lain. Manusia dicipta dengan sifat yang tidak sempurna, sifat itu harus dibentuk perlahan-lahan dan pasangan kita lah pelengkapnya. Aku masih lagi tidak dapat membuat keputusan yang muktamad..semoga aku akan dapat membuat keputusan ini dengan adil.

Khamis, 11 November 2010

Perjalanan Yang Masih Panjang

Salam semua....


Sudah lama aku tidak membuka blog aku...mmg lama sebab fokus pada thesis dan juga final exam ku.. Sedar tak sedar dah empat tahun aku merantau di negeri orang untuk mencari ilmu. Sekarang pengajian ku sudah pun tamat dan akan pulang ke kampung sementara menunggu graduation day..hehhee.. Namun hati ku sebak dan sedih, mungkin kerana selepas ini akan berpisah dengan kawan-kawan yang dah 4 tahun bersama...Suka duka kami bersama, terlalu banyak kenangan yang aku dan kawan-kawan aku tempuhi sepanjang pengajian kami di sini. Banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat kami perolehi di sini.. Namun perjalanan masih jauh..masih banyak yang perlu kita lalui, terokai dan pelajari.

Jauh di sudut hati ku masih aku rasa terkilan walaupun semua orang tidak tahu..Biarlah aku pendam perasaan aku ini. Ada perkara yang aku rasa tidak patut rakan-rakan ku begitu. Aku tahu ada yang berburuk sangka,tapi biarlah. Kalau mereka boleh berfikir, matang lah mereka. Kita tak perlu mencari kesalahan orang lain, mengkritik orang lain serta membuat andaian yang buruk tentang seseorang itu sedangkan kita tidak tahu perkara sebenar dan jika kita sendiri lihat kita sendiri yang bermasalah ataupun kita puncanya... itu lah..perjalanan kita masih panjang. Tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. Apa pun aku ucapkan tahniah kepada kawan baik ku yang kini telah selamat melahirkan anak perempuannya, "Chrystal Jasmin". Anugerah Tuhan..alhamdulillah..semoga hidupnya akan lebih bermakna dan bahagia disamping suami dan anak yg tercinta.

Oklah..sampai disini dahulu coretan ku kerana perjalananku masih panjang dan masih banyak yang perlu aku pelajari. Akan kita berjumpa lagi...daaaa..

Sabtu, 14 Ogos 2010

Salam Ramadhan

Bulan ramadhan kini menjelma kembali. Maka bermulalah peperangan terbesar bagi umat islam. Peperangan ini dinamakan peperangan "Nafsu" iaitu menahan dari segala nafsu-nafsu yang ada pada diri semua umat islam. Bila masuk bulan Ramadhan ini, terkenang pula pada peristiwa-peristiwa semasa ku kecil,zaman sekolah dan kini zaman dewasa. Bila diingat balik,lucu sungguh. Dahulu,bila tiba bulan ramadhan, kanak-kanak dan orang-orang dewasa sangat gembira menyambut bulan ramadhan. Berpuasa disiang hari dan berterawikh tika malam menjelma. Malam tujuh likur takkanku lupakan kerana pada malam-malam tersebut penduduk setempat akan mula memasang pelita atau lampu panjut. Cantik sangat,ada yang kreatif sehingga membuat berbagai bentuk yang menarik perhatian. Namun kini, kurang serinya. Mana tidaknya, anak muda sekarang asyik dengan komputer, telefon bimbit dan lain-lain lagi tapi bukan lah semua..hanya segelintir. Ku berharap ramadhan kali ini sangat bermakna bagi ku. Kini ku berjauhan dengan keluarga ku.Terkenang ku pada keluarga kerana selalunya kami akan berbuka puasa bersama tapi kini ku berbuka seorang diri ataupun dengan rakan-rakan rumah sewa. Ibu, ayah..maafkan segala salah silap anakmu ini. Doakan kejayaan anak mu. semoga ramadhan ini membawa keberkatan kepada aku,keluargaku, serta umat islam seluruh dunia. Maka marilah kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa dan mencari sinar keberkatan di bulan yang suci ini. Salam Ramadhan dari ku untuk semua....

Rabu, 28 Julai 2010

Antara tak suka dan suka...

Salam...

Semalam aku mengajar tuisyen untuk pelajar-pelajar form 1 dan form 2. Memang aku minat mengajar, suka bersama-sama pelajar tetapi apa yang aku lihat sekarang ni pelajar kurang berminat dalam pelajaran, bersifat kurang ajar dengan cikgu mereka,tidak menghormati guru dan lain-lain lagi. Jika kita lihat dahulu, pelajar-pelajar takut dengan cikgu mereka, hormat. Bila cikgu masuk ke kelas, semua pelajar senyap. Tidak kira lah sama ada di sekolah mahupun pusat tuisyen. Namun berbeza dengan sikap pelajar sekarang. Di manakah letaknya nilai mereka?? Mana hilangnya sivik mereka?? Salah ibu bapa kah?? salah cikgu kah?? atau pelajar itu sendiri?? Kalian semua nilai lah...Terus terang saya geram dengan sikap pelajar sekarang yang tidak menghormati cikgu, tidak kisah terhadap pelajarannya dan hanya mementingkan telefon bimbit dengan membalas SMS kepada kawan, teman lelaki@teman wanita mereka. Bukan masanya lagi untuk mereka (pelajar) memakai telefon bimbit dalam usia muda ini. apatah lagi masih bersekolah. Saya rasa, ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak mereka dan tidak boleh mempercayai anak-anak mereka 100% peratus. Jika perkara ini tidak dibendung, banyak masalah alain yang akan timbul. Semalam saya ikhlas mengajar namun terkilan dengan sikap pelajar itu sendiri. Bukan saya tidak tegas namun itu lah yang terjadi.. Saya suka mengajar tetapi pelajar pula tak suka belajar. adakah ini akan menyebabkan sekolah-sekolah dan pusat-pusat tuisyen akan mengeluarkan pelajar yang kurang berjaya???? Anda ada jawapannya.....!! Namun begitu tidak semua pelajar demikian..ada pelajar yang sangat-sangat menghargai masa, cikgu da pelajaran. Oleh itu kita sama-sama perlu mengubah persepsi pelajar sekang untuk lebih berilmiah dan menpunyai nilai-nilai murni.. Dan pelajar, belajar lah bersungguh-sungguh..ingat ibu bapa kita yang bekerja keras mencari wang untuk kejayaan kita..ingat susah payah ibubapa kamu. Ingatlah..tanpa ibubapa dan cikgu...kamu takkan berjaya.

Selasa, 27 Julai 2010

Aku, dia, sahabat, dan kawan....

Salam,

Untuk kali ni kita renungkan apa itu erti persahabatan, kawan, kasih dan diri kita sendiri. Pernah tak kita terfikir kadang kala secara sengaja ataupun tidak sengaja kita telah menyakitkan hati sahabat mahupun kawan-kawan kita? Pernah kita ambil berat tentang itu?? Sahabat bagi ku sangat-sangat bererti dimana seorang sahabat itu memahami kita,percaya kita, amanah, ada disaat jatuh bangun kita..boleh dikatakan sahabat paling rapat dengan kita selain dari keluarga kita. Manakala kawan bagiku lebih kurang sama dengan sahabat cuma mungkin dia kurang memahami,jarang dengan kita dan lain-lain. Kasih pula adalah di sisi kita yang mana dia patut lebih memahami dan yang sepatutnya lah..faham-faham anda lah ye. Di sini ingin ku menyatakan hargailah sahabat,kawan-kawan serta kasih selagi mereka di sisi kita. Selagi mereka bersama kita dan selagi kita sendiri masih bernyawa. Bagi aku, aku akui ada kesilapan yang aku lakukan tapi ianya berpunca dari salah faham. Di dunia ini, perselisihan faham akan wujud kalau terdapat sifat sangsi, iri hati, tidak memahami antara satu sama lain dan lain-lain faktor lagi yang boleh menyebabkan perselisihan faham. Maka dengan itu, kita harus bersabar, percaya, tolak ansur dan yang paling utama adalah kita kenal DIRI KITA SENDIRI. Siapa kita sebenarnya?? adakah anda kenal diri anda hanya nama seperti nama didalam i.c anda?? atau bagaimana?? Maka carilah diri anda di dalam diri anda sendiri, anda akan menjumpainya.. kenali diri anda seikhlas yang mungki kerana kita tidak mahu melakukan kesilapan demi kesilapan walaupun ada yang mengatakan dengan melakukan kesilapan kita akan memperbaiki kelemahan kita..Dari kawan menjadi sahabat,dari sahabat menjadi kasih..kalau tersilap langkah kita sendiri merana.. Renung-renunglah sesama kita..aku juga tidak lah sempurna dan masih mencari jawapan terhadap apa yang berlaku pada diri aku sendiri. Jika kita ingin memahami seseorang, fahami dengan seikhlasnya..cuba kita bayangkan kita berada ditempatnya dan rasai sendiri apa yang berlaku,rasai kesusahan dan kepayanhannya..Mungkin cerita antara aku,dia,sahabat dan kawan kita berbeza tapi apa yang aku lalui kini amat aku bersyukur dan ingin aku perbaiki kelemahan ku..pesan ku hanya satu..kebaikkan demi kebaikkan yang kita lakukan pada orang mungkin orang tidak nampak tetapi hanya satu kesilapan atau kesalahan yang kita buat,itulah yang akan kita hadapi selama-lamanya dan mereka nampak dengan jelas..Maka, berwaspadalah dan beringat sesama kita..insyaallah...salam...

Isnin, 26 Julai 2010

Kisah yang takkan berakhir..

Salam..
Bila kita bersendirian dan mendiamkan diri, mesti kita akan terkenang semula perkara lalu dan kadang kala ia membuat kita tersenyum mahupun sebaliknya. Semua orang ada kenangan manis dan sebaliknya. Bagi aku, kehidupan yang aku lalui kini ku rasakan kadang kala amat menyakitkan. Yelah, tak semua orang memahami kita dan tak semua perkara kita boleh beritahu atau berkongsi. Berbagai-bagai manusia aku pernah jumpa,berkawan mahupun sebaliknya. Namun, aku rasa masih kekosongan dan bagaikan tak sempurna ataupun seperti kehilangan. Ya, aku akui,kadang kala aku juga melakukan kesilapan. Aku juga seorang yang mana sekiranya ada masalah ataupun berlaku apa-apa akan hanya mendiamkan diri dan takkan menjelaskan perkara sebenarnya walaupun ianya hanya salah faham, atau orang lain tidak memahaminya.. Ya, seperti tajuk diatas, kisah ini takkan berakhir. Akibatnya aku menanggung segala kepedihan, kesakitan serta kekecewaan dihati. Aku hanya mampu tersenyum namun sampai mana lah aku mampu menahan..lambat laut akan ku lepas jua tapi dengan cara ku.. Ada dua orang kawan ku yang mana mereka baik dan rapat dengan ku..namun semuanya berubah kini hanya kerana salah faham dan aku tak mampu untuk menjelaskan semuanya..mereka begitu kecewa dan sakit hati dengan sikap ku..salah ku juga kerana.......erm..biarlah...biarlah aku menanggung seorang diri..demi kebaikan mereka walaupun tidak pada ku..namun aku tidak pernah membenci,membuang persahabatan ini.. Kepada mereka yang tidak faham perkara ini..biarlah..jiwa aku masih sakit..begitu jugajasadku,rohku,rohani serta jasmani ku masih sakit..tapi aku tak berdaya untuk menjelaskannya..Ia tak mampu kita ungkapkan dengan kata-kata mahupun sebaliknya..biarlah kisah ini menjadi pengajaran pada ku..aku redha. Ya Allah, Kau ampunilah segala apa yang telah aku lakukan, Kau kuatkanlah iman dan hati ku agar aku dapat menempuh segala ujian dariMu. Mungkin ada yang melihat luahan ku ini hanyalah perkara basa..namun ada kisahnya yang tersendiri yang aku pelajari darinya..moga hari-hariku yang mendatang akan lebih diberkati..Waallahuallam...