Indahnya ciptaan Tuhan

Indahnya ciptaan Tuhan

Rabu, 26 Januari 2011

Laksama Sunan - Wujud atau rekaan?

Salam semua,

Alhamdulillah, akhirnya habis membaca ketiga-tiga novel karya 'Ramlee Awang Murshid' iaitu 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu', dan 'Hijab Sang Pencinta'. Baiklah, apakah benar Laksamana Sunan wujud di kurun ke-15 iaitu pada zaman Datuk Laksaman Hang Tuah? Adakah benar Laksamana Sunan telah bertemu Datuk Laksamana Hang Tuah? Jika benar Laksamana Sunan wujud, mengapa tidak dicatitkan di dalam sejarah Melayu? Laksamana Sunan yang bukan sahaja seorang yang ampuh dalam persilatan namun begitu tinggi ilmu agamanya dan sangat berpegang pada agama Islam. Tidak gentar melawan musuh-musuh. Laksamana Sunan...Keris Nanggroe.. Laksamana Sunan atau nama sebenarnya Saifudin adalah anak kelahiran Tanah Melayu dan telah membawa diri ke Aceh, mempelajari ilmu agama dan persilatan di Aceh sehingga terkenal dengan budi pekerti yang tinggi dan ilmu persilatan yang ampuh.Pelbagai cabaran telah dihadapinya. Setelah membaca kesemua novel itu, ianya membawa kesan kepada ku. Ungkapan yang menusuk kalbu oleh Laksamana Sunan ...."Sebagai Manusia..Aku Sayang Padamu.." Ianya membawa kesan sehingga aku tertarik dengan perwatakan Laksamana Sunan yang warak dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Jika benar ianya wujud ketika di zaman Datuk Laksamana Hang Tuah, ianya harus di sejarahkan. Namun begitu masih lagi menjadi tanda tanya semua orang sama ada ianya wujud atau sekadar watak dalam novel. Sama-sama lah kita renungkan dan fikirkan. Namun begitu 'Laksamana Sunan' sedikit sebanyak telah membawa kesan kepada diri aku sendiri. Alhamdulillah..kredit harus diber kepada ' Ramlee Awang Murshid' kerana karyanya yang mantap. Persoalannya, adakah Laksamana Sunan benar-benar wujud...Waallahualam.. kuasa Allah S.W.T.

Sekian..

Isnin, 24 Januari 2011

Ada Apa Dalam Hati?

Salam,

Hi, bertemu lagi. Setelah sekian lama aku menyepi,kini aku kembali mencoretkan blog aku ni walaupun tidak seberapa. Ada apa dalam hati? Selalu sinonim dengan kehidupan harian kita bukan? Persoalan ini timbul tatkala kita dirundung masalah ataupun jalan buntu,betul? Disini aku ingin berkongsi apa yang berlaku dengan semua. Alhamdulillah aku kini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas serta berkesempatan mencari keredhaanNYA. Apabila kita dilanda masalah ataupun musibah sama ada dalam kehidupan harian seperti kerja, hubungan mahupun dengan diri sendiri, kita selalu terleka atau sentiasa memikirkan untuk melarikan diri daripada masalah,bukan? Semuanya tertakluk atau terpulang pada hati kita sendiri. Aku sendiri kadang kala tersepit di dalam di lema untuk memilih ataupun mendiamkan diri. Setelah lama aku berkawan dengan seseorang dan kini tiba masa aku membuat keputusan yang paling berat untuk dilakukan. Ianya sama ada memilih untuk menerima atau tidak. Bukan hati tidak suka mahupun tidak sayang,tapi ini lah dugaan yang selalu aku hadapi..Family.. bukan family aku tapi orang lain. Manusia dicipta dengan sifat yang tidak sempurna, sifat itu harus dibentuk perlahan-lahan dan pasangan kita lah pelengkapnya. Aku masih lagi tidak dapat membuat keputusan yang muktamad..semoga aku akan dapat membuat keputusan ini dengan adil.