Indahnya ciptaan Tuhan

Indahnya ciptaan Tuhan

Rabu, 26 Januari 2011

Laksama Sunan - Wujud atau rekaan?

Salam semua,

Alhamdulillah, akhirnya habis membaca ketiga-tiga novel karya 'Ramlee Awang Murshid' iaitu 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu', dan 'Hijab Sang Pencinta'. Baiklah, apakah benar Laksamana Sunan wujud di kurun ke-15 iaitu pada zaman Datuk Laksaman Hang Tuah? Adakah benar Laksamana Sunan telah bertemu Datuk Laksamana Hang Tuah? Jika benar Laksamana Sunan wujud, mengapa tidak dicatitkan di dalam sejarah Melayu? Laksamana Sunan yang bukan sahaja seorang yang ampuh dalam persilatan namun begitu tinggi ilmu agamanya dan sangat berpegang pada agama Islam. Tidak gentar melawan musuh-musuh. Laksamana Sunan...Keris Nanggroe.. Laksamana Sunan atau nama sebenarnya Saifudin adalah anak kelahiran Tanah Melayu dan telah membawa diri ke Aceh, mempelajari ilmu agama dan persilatan di Aceh sehingga terkenal dengan budi pekerti yang tinggi dan ilmu persilatan yang ampuh.Pelbagai cabaran telah dihadapinya. Setelah membaca kesemua novel itu, ianya membawa kesan kepada ku. Ungkapan yang menusuk kalbu oleh Laksamana Sunan ...."Sebagai Manusia..Aku Sayang Padamu.." Ianya membawa kesan sehingga aku tertarik dengan perwatakan Laksamana Sunan yang warak dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Jika benar ianya wujud ketika di zaman Datuk Laksamana Hang Tuah, ianya harus di sejarahkan. Namun begitu masih lagi menjadi tanda tanya semua orang sama ada ianya wujud atau sekadar watak dalam novel. Sama-sama lah kita renungkan dan fikirkan. Namun begitu 'Laksamana Sunan' sedikit sebanyak telah membawa kesan kepada diri aku sendiri. Alhamdulillah..kredit harus diber kepada ' Ramlee Awang Murshid' kerana karyanya yang mantap. Persoalannya, adakah Laksamana Sunan benar-benar wujud...Waallahualam.. kuasa Allah S.W.T.

Sekian..

24 ulasan:

  1. Laksmana Sunan mmg wujud..Bace,dan ulang la bkali2 stiap kesah..InsyaAllah,kalian akn jmpe jwapnnye dgn izin Allah..Subhanallah..

    BalasPadam
  2. sy pun dah habis sampai 4 novel abg RAM. bagaikan putri, cinta sang ratu, hijab sang pencinta dan akhirnya cinta sufi. sy pun tertanya2 wujud atau tidak laksamana sunan hingga sy jatuh hati pada wataknya.

    BalasPadam
  3. Mengarut je sume tu..mne ade laksamna sunan..jgn cepat tpengaruh sgt..novel tu rekaan semata2 je..klu pikir logik pon mne ade org bekepak geng..bullshit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Anda lupa dgn kalimah kun fayakun segalanya akan berlaku dgn kehendakNya.. Maha suci Allah sememangnya makhluk ciptaanNya tiada batasan dan tiada tandingannya..

      Padam
  4. Orang berkepak tu namanya alhin.. makhluk yg wujud sebelum penciptaan manusia lagi.. tidak beragama Islam.. tapi menyembah satu Tuhan iaitu Allah swt, atau monoteisme.. banyak makhluk selain manusia yg kita tak tahu.. ada yg berkaki banyak, bersayap dan sebagainya.. namun Allah berfirman, laqad khalaqnal insaana fi ahsani taqwim.. Allah menciptakan manusia sebagai sebaik2 makhluk.. betul atau tidak, kita tidak pasti, begitu juga dengan pegangan agamanya.. wallahua'lam.. namun begitu, Allah berkuasa mencipta apa sahaja yg dikehendakiNya dengan hanya berkata 'kun' fa yakun.. jadi, maka jadilah..

    BalasPadam
  5. Laksamana Sunan @ Saiffudin itu mungkin wujud kerna penceritaan wataknya wujud setelah kematian Hang Jebat,sedangkan Laksaman Hang Tuah sekilipun tidak banyak diceritakan setelah kematian Hang Jebat dan Kisah Puteri Gunung Ledang,Bagai mana kita dapat mempertikaikan kewujudan sesorang sedangkan apa yang kita tahu selama ini pun hanya berdasarkan fakta dan bukanya bukti yang benar-benar kukuh.Tapi setelah beberapa kajian dan fakta yang saya temui,Laksamana sunan wujud cuma berbeza sedikit dari apa yang diceritakan dalam novel,watak dan kewarakanya memang sama seperti yang diceritakan cuma kisah hidupnya sahaja yang berbeza seperti dalam novel...sesungguhnya "semalam adalah sejarah,esok adalah masa depan dan hari ini belum pasti"..

    BalasPadam
  6. hmmm..laksamana sunan tuh mungkin wujud tpi x de dlm sejarah..ank saya da baca da hampir sume novel..bagaikan puteri, cinta sang ratu, hijab sang pencinta, cinta sufi, sutera bidadari, ndn lgi 3 novel yg saye x ingt tajuknye..sume story tuh mcm relevan tau..mcm real..awesome

    BalasPadam
  7. Kenapa kita tak tanya je terus kepada RAM? Mungkin dia tahu jawapan sebenarnya.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum semua..Saya jgk mengahabizkn novel tentang laksamana sunan...wujud atau tak itu semua kehendak Allah...yang baek di jadi kan teladan Dan yg mana buruk di Jdi kn sempadan...kerna tiada mustahil di Dunia ini...selagi kita perpegang atas nama Allah dan mempercayainya sepenuh hati...in sha Allah...kerna Allah Itu maha kuasa...subhanallah..

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. aduhai la.. kan dlm watak2 tu.. terang2 la ada dracula.. ada medusa.. ada org berkepak.. petik la 1000 ayat quran pun.. imaginekan la ianya ada kene mengene.. laksamana sunan tu tak wujud sama la mcm laksamana hang tuah.. sama la tak wujudnya.. tak wujud tau.. kenapa la korang semua ni.. tun seri lanang tulis kisah HIKAYAT hang tuah.. RAM tulis noveL kisah FIKSYEN laksamana sunan.. camna la.. ada naga la.. ada warewolf la.. tang mana dia ada perkaitan sejarahnya oi..

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Kita sendiri melayu pon kita tak tahu asal usul susur galur kita dr mana.. dan tidak diajar.. tak mustahil ada sejarah yg kita sendiri tak tau.. lupa ke tanah melayu dijajah.. byk menuskrip dah dicuri penjajah2 tu and ada yg dibakar.. jadi tak mustahil kita tak tau kebenaran wujud atau tidak.. yg pasti sejarah yg kita belajar kt zaman sekolah dlu pon xtepat lagikan benar..

    BalasPadam
  13. Kita sendiri melayu pon kita tak tahu asal usul susur galur kita dr mana.. dan tidak diajar.. tak mustahil ada sejarah yg kita sendiri tak tau.. lupa ke tanah melayu dijajah.. byk menuskrip dah dicuri penjajah2 tu and ada yg dibakar.. jadi tak mustahil kita tak tau kebenaran wujud atau tidak.. yg pasti sejarah yg kita belajar kt zaman sekolah dlu pon xtepat lagikan benar..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum. Tumpang iklan sekejap ye admin. Saya ada menjual kelapan-lapan siri LAKSAMANA SUNAN;
    1. Bagaikan Puteri, RM 19.90
    2. Cinta Sang ratu, RM 19.90
    3. Hijab Sang Pencinta, RM 19.90
    4. Cinta Sufi, RM 19.90
    5. Sutera Bidadari, RM 22.00
    6. Sunan Musafir, RM 22.00
    7. Sunan, Nanggroe Sang Kembara, RM 23.00
    8. Sunan Cinta Nan Sakti, RM 30.00

    Boleh survey di saya punya pages https://www.facebook.com/KC.ReadOn/photos/?tab=album&album_id=986101984820572
    Jangan malu, Jangan segan. Hanya perlu pm/whatsapp saya di 017-2256654 utk pembelian.
    Terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua novel laksamana sunan sy dah beli. Mcm real. Sy membaca seperti sy berada di alam tu. Subahanallah....Allah maha mengetahui segala galanya

      Padam
  15. Aduh....mula2 lgi RAM da ingatkan para permbaca....sunan tu x wujud, ianya hanya sekadar rekaan beliau dalam mnggambarkan akhlak junjungan besar rasulullah...sunan hanya alat utk mnyampaikan matlamat(akhlak nabi)

    Jnganla fannatik sangat..

    Apepun tahniah RAM sebab jln cerita memang sngat mnarik...smpai rasa mcm tngah tngok movie hollywood ala melayu bila baca...tenggelam dlm bacaan...

    Harap cerita ni dpt dilayar perakkan..

    BalasPadam
  16. wujud tak wujud..tpi yg nyata d akhir cerita laksamana sunan sblum beliau mangkat.dia ada berpesan bahawa akan barlakunya ombak besar d aceh.d alaf 2000...

    BalasPadam
  17. Saya mula mengenali Saifudin rekaan RAM ni sejak 2008.

    Pada mulanya TERambil dan TERBACA senior saya punya BAGAIKAN PUTERI.

    Saya juga terasa benda yg serupa.
    seperti Laksamana Sunan benar benar wujud.

    Namun menurut RAM , ianya adalah rekaan beliau sendiri.

    beberapa tahun sebelum ini saya pernah menggunakan nama saya di laman FACEBOOK sebagai LAKSAMANA SUNAN.

    suatu hari, ada seorang hamba ALLAH yang tak dikenali pm saya,
    mengatakan yg dia merupakan waris LAKSAMANA SUNAN.
    dapat cerita daripada datuknya sendiri, dan bermacam2 lagi.


    apa apa pun, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segalanya.

    Wallahualam.

    sekarang dah 2017.
    saya masih lagi membaca semua Novel tersebut )

    hebat penangan RAM

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaca komen awak, tapi serius ka yg tentang ada org pm awak tu?? cercita sikit, nak tau apa yang disampaikan oleh org tuu

      Padam
  18. Laksamana sunan sememangnye wujud

    BalasPadam
  19. Laksamana sunan sememangnye wujud

    BalasPadam