Indahnya ciptaan Tuhan

Indahnya ciptaan Tuhan

Sabtu, 14 Ogos 2010

Salam Ramadhan

Bulan ramadhan kini menjelma kembali. Maka bermulalah peperangan terbesar bagi umat islam. Peperangan ini dinamakan peperangan "Nafsu" iaitu menahan dari segala nafsu-nafsu yang ada pada diri semua umat islam. Bila masuk bulan Ramadhan ini, terkenang pula pada peristiwa-peristiwa semasa ku kecil,zaman sekolah dan kini zaman dewasa. Bila diingat balik,lucu sungguh. Dahulu,bila tiba bulan ramadhan, kanak-kanak dan orang-orang dewasa sangat gembira menyambut bulan ramadhan. Berpuasa disiang hari dan berterawikh tika malam menjelma. Malam tujuh likur takkanku lupakan kerana pada malam-malam tersebut penduduk setempat akan mula memasang pelita atau lampu panjut. Cantik sangat,ada yang kreatif sehingga membuat berbagai bentuk yang menarik perhatian. Namun kini, kurang serinya. Mana tidaknya, anak muda sekarang asyik dengan komputer, telefon bimbit dan lain-lain lagi tapi bukan lah semua..hanya segelintir. Ku berharap ramadhan kali ini sangat bermakna bagi ku. Kini ku berjauhan dengan keluarga ku.Terkenang ku pada keluarga kerana selalunya kami akan berbuka puasa bersama tapi kini ku berbuka seorang diri ataupun dengan rakan-rakan rumah sewa. Ibu, ayah..maafkan segala salah silap anakmu ini. Doakan kejayaan anak mu. semoga ramadhan ini membawa keberkatan kepada aku,keluargaku, serta umat islam seluruh dunia. Maka marilah kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa dan mencari sinar keberkatan di bulan yang suci ini. Salam Ramadhan dari ku untuk semua....

1 ulasan:

  1. salam ramadhan...
    berpuasa di rantauan mengajar kita erti ketabahan...saat berbuka bersama family tersayang merupakan momen terindah...pasti setiap orang mempunyai kenangan tersendiri menyambut ramadhan...kenangan itu terus terpahat di kalbu...moga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun- tahun sebelumnya.....

    BalasPadam