Indahnya ciptaan Tuhan

Indahnya ciptaan Tuhan

Rabu, 28 Julai 2010

Antara tak suka dan suka...

Salam...

Semalam aku mengajar tuisyen untuk pelajar-pelajar form 1 dan form 2. Memang aku minat mengajar, suka bersama-sama pelajar tetapi apa yang aku lihat sekarang ni pelajar kurang berminat dalam pelajaran, bersifat kurang ajar dengan cikgu mereka,tidak menghormati guru dan lain-lain lagi. Jika kita lihat dahulu, pelajar-pelajar takut dengan cikgu mereka, hormat. Bila cikgu masuk ke kelas, semua pelajar senyap. Tidak kira lah sama ada di sekolah mahupun pusat tuisyen. Namun berbeza dengan sikap pelajar sekarang. Di manakah letaknya nilai mereka?? Mana hilangnya sivik mereka?? Salah ibu bapa kah?? salah cikgu kah?? atau pelajar itu sendiri?? Kalian semua nilai lah...Terus terang saya geram dengan sikap pelajar sekarang yang tidak menghormati cikgu, tidak kisah terhadap pelajarannya dan hanya mementingkan telefon bimbit dengan membalas SMS kepada kawan, teman lelaki@teman wanita mereka. Bukan masanya lagi untuk mereka (pelajar) memakai telefon bimbit dalam usia muda ini. apatah lagi masih bersekolah. Saya rasa, ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak mereka dan tidak boleh mempercayai anak-anak mereka 100% peratus. Jika perkara ini tidak dibendung, banyak masalah alain yang akan timbul. Semalam saya ikhlas mengajar namun terkilan dengan sikap pelajar itu sendiri. Bukan saya tidak tegas namun itu lah yang terjadi.. Saya suka mengajar tetapi pelajar pula tak suka belajar. adakah ini akan menyebabkan sekolah-sekolah dan pusat-pusat tuisyen akan mengeluarkan pelajar yang kurang berjaya???? Anda ada jawapannya.....!! Namun begitu tidak semua pelajar demikian..ada pelajar yang sangat-sangat menghargai masa, cikgu da pelajaran. Oleh itu kita sama-sama perlu mengubah persepsi pelajar sekang untuk lebih berilmiah dan menpunyai nilai-nilai murni.. Dan pelajar, belajar lah bersungguh-sungguh..ingat ibu bapa kita yang bekerja keras mencari wang untuk kejayaan kita..ingat susah payah ibubapa kamu. Ingatlah..tanpa ibubapa dan cikgu...kamu takkan berjaya.

1 ulasan:

  1. benar sekali pendapat penulis..hormat kepada guru dan ibu bapa itu amat penting..tanpa mereka siapalah kita..memang sedih melihat para pelajar kini yg sudah kehilangan adab menuntut ilmu..jika pada ketika dulu murid terlalu menghormati guru..hal ini tidak terjadi pada masa sekarang..sama2 kita renungkan apa yang akan terjadi pada belia kita di masa hadapan kelak...

    BalasPadam