Indahnya ciptaan Tuhan

Indahnya ciptaan Tuhan

Ahad, 25 Julai 2010

Perjalanan malam..

Salam semua,

Tarikh 25hb Julai 2010 amat menggelikan hati dan memenatkan. Mana tidaknya, aku menaiki bas dari ipoh ke shah alam pada jam 7.30mlm (Perakroad way). Dianggarkan sampai dalam jam 10.45mlm@11mlm. Sepanjang perjalanan itu, aku asyik dengan mp3 ku dan juga membalas sms dari rakan ku. Sewaktu dari ipoh ke tanjung malim aku tak henti-henti sms dengan rakan ku yang ingin mendapatkan nasihatku tentang perkara-perkara ghaib. Hujan pula turun renyai-renyai pada permulaan perjalanan. Kata hati ku, mungkin mlm ni sejuk dan bas akan bergerak perlahan kerana hujan. Masuk saja kawasan tapah, hujan mula turun lebat dan kenderaan-kenderaan lain juga mula bergerak perlahan. Kemudian sampai sahaja di kawasan bidor, jalan mula menjadi sesak kerana terdapat kemalangan dihadapan.kenderaan-kenderaan lain makin perlahan. Perjalanan masih diteruskan. Ketika melintasi sahaja kawasan rehat rawang, dengan tiba-tiba bas menjadi perlahan dan terus berhenti di laluan kecemasan. Apalagi, bas ROSAK la. aduh, time-time ni la nak rosak pun. Kata pemandu bas tu, minyak tak naik katanya.Bateri pula "weak". Argh...lebuh la jawabnya. Terpaksa menunggu lebih kurang hampir 2 jam baru dapat bantuan dari bas yang dihantar dari shah alam. Lama tu. Semasa menunggu pula, pemandu dan pembantunya tak habis-habis buat kelakar, kononnya nak spanar saiz 10 tapi tak jumpa-jumpa. Last-last, tunggu bas lain jugak la. Sampai jer di Shah Alam terus balik rumah tapi sampai jer di rumah, air pulak kena potong. Waa..sedih betul.Lepas satu,satu perkara yang tejadi. Dah la sampai kul 3 pagi.Hurm..memang ada harapan cerah untuk tidak ke kelas.hahahaha.. Itu lah yang jadi malam tu. Mengharap lepas ni semuanya berjalan lancar..AMIN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan